 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Nurul Fauzana's FotoPage
 By: farah n fauzana
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 17-Sep-2008 04:42 |
Email | Share | Bookmark |
|
KEPEK HOUSE, TCRS, TAG, AWARD, UCAPAN & TAZKIRAH RAMADHAN
|
|
Seperti biasa tiap2 thn kami akan mmborong kepek kt kg ku di Banting...
Kepek kt sini sedap2 n harga pon murah...miskut2 raya pon byk....
Sblm ade Farah dulu rajin gak wat biz kepek2 ni time nk raya..
Tp skrg nie tk dapeklah nk nolong...
Kang abih hancur Farah wat duduk2 kepek2 tu kang...
So, Sabtu lpas kami balik Banting mmborong kepek...
Ni lah kilang kepek yg biasa kami pegi tu...
Hmmm seperti thn2 lpas jugak, manusia lg ramai dr kepek...hahah...
Kepek2 byk yg dh sold out smpaikan org pnye pon daku nk kebas...wakakakaka...
Nasiblah tuannya dtg cpat...kehkehkeh...
Ye lah, main letak merata2 manalah daku tau kepek tu ade tuannya....
Pic dlm kepek house nie daku tk snap...
Sibuk nk memegang plastik kepek, tk cukup tgn nk pegang kamera...
Tu pon ganti2 ngn cik abgku...2,3 round gak klua masuk...
Ni on d way nk blk Banting, Farah pnye style kalo pkai seat belt kt tmpt duduk blakng..
Ni lah kepek house tu...snap dr luar je... keta brderet2 dr jln msk utama ke kilang nie...
Punyelah ramai manusia...
Ni antara kepek2 yg dibeli...
Ni lak sempat gak beli semekot raya, murah2 regenya tp beli skit je...tk menahan nk menengoknya...utk dingap sndirik je ni..hihi..
Ahad lpas lak kami bukak pose kt TCRS, Shah Alam Mall...
Dah lama tk layan TCRS nie, tingin lak nk mkn...
Sblm tunggu bukak pose, melayan bdk2 ni main dulu...
Pastu baru layan diorg makan...snang nnti time daku n cik abg nk mkn diorg tk kaco dh...
Ni lak nk jwb tag dr Lynn... byk btoi soklan tag nie...lomah kopalo lutut nk mnjawab....
Ok dh siap ye Lynn, ni nk pas tag nie kt kwn2 lak...tp tk ramai lah..5 org je...
Sesape yg dh jwb tu abaikn jelah ye..
1) T
2) Zira
3) Fiza
4) Kak Rinz
5) Lina
Award ni dari Zai, Kulim....thanx Zai n tahniah dgn berita gumbiramu ittew...
Alhamdulillah Pn Zai kita ni dh pon peknen....
Nurul doakan mudah2an ibu n baby sihat n slamat sehingga saat melahirkn key...
Ni lak ucapan raya dr adik Syafiq, tq dik...

Ucapan trkini ni dr Rinna @ Presiden Team Ketupat Bwg... timaceh byk2 na...
| Quote: | BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim
Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka. Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat
Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:
"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim
Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.
Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·
- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)
- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)
- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)
- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)
Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.
Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum ianya menjadi lebih besar.
Selamat berbuka dan wassalam. |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|